Tuesday, September 29, 2009

Kesan Kerajaan Campuran

Kewujudan kerajaan campuran memberikan implikasi yang baik serta buruk terhadap negara serta perkembangan politik negara. Pembentukan kerajaan campuran memberi kesan yang baik sebagai contoh dari segi pembangunan ekonomi negara iaitu dalam meningkatkan pendapatan negara umumnya serta pendapatan rakyat khususnya. Hal ini boleh berlaku sekiranya kerajaan campuran terbentuk di mana pakar ekonomi dari kedua - dua belah pihak iaitu kerajaan serta pembangkang dapat bersatu dalam berfikir serta berbincang dalam merangka ekonomi negara untuk memajukan taraf ekonomi rakyat dan negara. Hasil daripada perbincangan dari kedua – dua belah pihak ini sekaligus berkemungkinan dapat meningkatkan lagi ekonomi negara dengan lebih efektif. Sebagai contoh dalam isu meningkatkan taraf ekonomi rakyat, pakar – pakar ekonomi dari kedua – dua belah pihak dapat bersatu untuk berbincang mengenai taraf ekonomi masyarakat luar bandar sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Hal ini dapat mengurangkan serta mungkin dapat mensifarkan peratusan kemiskinan negara.
Selain itu juga, pembentukan kerajaan campuran juga dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk sesebuah negara. Ini kerana ia dapat merapatkan jurang serta memberikan keterbukaan bagi setiap ahli untuk menyuarakan pendapat tanpa rasa takut. Sebagai contoh, apabila wujudnya pihak kerajaan serta pihak pembangkang, ia seolah – olah mewujudkan jurang pemisah antara rakyat serta menyempitkan ruang dari segi penyuaraan pendapat di mana, ahli kerajaan hanya boleh menyokong apa jua dasar yang di buat oleh kerajaan sedangkan ianya ingin dibantah. Pembentukkan kerajaan campuran dapat menjadi medium perpaduan rakyat serta membuka peluang kepada setiap ahli mengeluarkan pendapat masing – masing. Sebagai contoh di Indonesia, selepas tamat era pemerintahan Presiden Soeharto, dan digantikan dengan B.J Habiby. Beliau menggunakan konsep unity government yakni menggabungkan semua parti dalam pembentukkan kerajaan yang memerintah. Ianya telah menjadi ejen kepada penyatuan pendudk di republik tersebut. Selain Indonesia, negara – negara lain seperti Thailand turut mengamalkan konsep kerajaan campuran sebagai mana contoh ketika di bawah pemerintahan Abhisit.
Pembentukkan kerajaan campuran juga turut memberikan impak negatif kepada negara serta perkembangan politik negara. Antara kesan negatif pembentukkan kerajaan campuran ialah, wujudnya jurang pemisah di dalam sesebuah parti politik di mana, tidak semua idealogi tersebut dapat diterima serta daguna pakai oleh semua individu. Terdapat segelintir yang akan bertindak membantah. Ini menyebabkan berlakunya perpecahan dalam sesebuah parti akibat daripada perbezaan pendapat dan idealogi. Sebagai contoh, dalam parti Pas, di mana usul penebentukkan kerajaan campuran dengan kerajaan yakni komponen Barisan Nasional yang diutarakan oleh Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang sendiri telah di tentang oleh Mursyidul Am pas sendiri iaitu Dato’ Seri Nik Aziz Nik Mat dalam Muktamar Pas yang ke – 55.
Selain itu, masalah seperti perlaksanaan dasar juga mungkin timbul sekiranya kerajaan campuran dibentuk di mana setiap parti akan memperjuangkan dasar – dasar parti mereka. Ini menyebabkan berlaku perselihan antara parti – parti yang bergabung. Kesannya dapat dilihat kepada rakyat di mana keadaan negara yang tidak stabil mnyebabkan perpecahan antara rakyat yang berjuang mendokong fahaman atau idealogi yang dibawa parti masing – masing. Sifat kepartian akan kembali menebal dalam diri penduduk sesebuah negara sehinggakan mengabaikan golongan atasan yakni pemerintah iaiatu golongan Raja – raja.
Oleh itu, pembentukkan kerajaan campuran perlu diteliti sedalam – dalamnya serta perlu menitik beratkan dari semua aspek sebelum di laksanakan. Ia akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap negara serta perkembangan politik sesebuah negara.

No comments:

Post a Comment