Tuesday, September 29, 2009

KERAJAAN CAMPURAN

Kerajaan campuran ialah sebuah kerajaan di mana semua parti-parti politik digabungkan membentuk kerajaan yang di panggil kerajaan campuran. Kerajaan ini tidak mempunyai parti pembangkang serta parti yang pro kerajaan kerana semua parti terlibat dalam mentadbir kerajaan tersebut. Salah satu contoh kerajaan campuran ialah di Indonesia pada tahun 1998 oleh BJ.Habibie yang menggantikan Presiden Soeharto. Beliau menggabungkan semua parti politik dan membetuk sebuah kerajaan campuran ( Unity Government ).
Faktor – faktor berlakunya kerajaan campuran ialah di mana selepas pilihanraya umum yang diadakan di mana parti kerajaan atau pembangkang tidak memenangi lebih daripada ½ kerusi di Parlimen. Sebagai contoh di negeri Perak dan Selangor di mana parti kerajaan dan pembangkang tidak menang majority dalam pilihanraya tersebut. Selain itu juga, kerajaan campuran boleh diwujudkan apabila Sultan mengeluarkan perintah untuk mewujudkan kerajaan tersebut kerana Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pentadbiran. Bagi pentadbiran peringkat negara, Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk membentuk kerajaan campuran memerintah negara, manakala di peringkat negeri pula Sultan atau Raja sesebuah negeri berkuasa untuk membentuk kerajaan campuran bagi mentadbir negeri tersebut.

POTENSI KERAJAAN CAMPURAN DI MALAYSIA

Di Malaysia pernah wujud satu kerajaan campuran iaitu di antara parti – parti pembangkang seperti PAS, Gerakan dan SUPP dengan parti yang memerintah pada tahun 1969 selepas berlakunya krisis kaum pada 13 Mei 1969. Mantan perdana menteri yang ke – 5 iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi telah mengeluarakan kenyataan tentang perbincangan di peringkat tertinggi untuk membentuk kerajaan campuran parti telah diadakan oleh kedua – dua parti iaitu PAS dan Barisan Nasional. Selain itu, wujudnya perbincangan mengenai kerajaan campuran bagi dua buah negeri iaitu di Selangor dan Perak namun kerajaan tersebut tidak menjadi kenyataan.
Idealogi ini pernah di suarakan oleh pemimpin Pas iaitu Haji Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Pas yang ke-55. Cadangan yang diutarakan itu kurang disambut baik oleh sebilangan ahli Pas sendiri termasuk Mursyidul Am Pas sendiri iaitu Dato’ Seri Nik Aziz. Cadangan tersebut turut di sambut oleh Tengku Razaleigh ( Ku Li ). Barisan Nasional turut menyambut baik cadangan tersebut. Idealogi ini tercetus apabila dalam sesetengah perkara sebagai contoh mengenai isu Palestin, menunjukkan bahawa kedua – dua pihak ini boleh bersatu dalam hal tersebut. Ini menunjukkan bahawa tidakn mustahil sekiranya kedua – dua belah pihak boleh bersatu serta mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Sejarah juga membuktikan dimana pernah wujud kerajaan campuran antara Barisan Nasional dengan Pas sendiri pada tahun 1960’an
Satu mensyuarat yang membabitkan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional telah diadakan di Ibu Pejabat PAS. Tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk membincangkan tentang pembentukan kerajaan campuran Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Pakatan rakyat yangdi anggotai oleh PAS, DAP, dan PKR telah sebulat suara untuk menolak cadangan pembentukan kerajaan campuran disebabkan keadaan politik Malaysia dan ekonomi negara.
Selain Indonesia, terdapat juga negara – negara lain yang menggunakan konsep kerajaan campuran seperti di Thailand dan Palestin. Di Thailand, Abhisit yang menggabung kesemua parti – parti politik untuk mentadbir negara. Di Palestin, kerajaan campuran pernah terbentuk antara Puak Hamas dan Puak Fatah. Namun kerajaan tersebut gagal kerana Perjanjian yang dimenterai oleh kedua – dua puak tersebut diingkari.

Kesan Kerajaan Campuran

Kewujudan kerajaan campuran memberikan implikasi yang baik serta buruk terhadap negara serta perkembangan politik negara. Pembentukan kerajaan campuran memberi kesan yang baik sebagai contoh dari segi pembangunan ekonomi negara iaitu dalam meningkatkan pendapatan negara umumnya serta pendapatan rakyat khususnya. Hal ini boleh berlaku sekiranya kerajaan campuran terbentuk di mana pakar ekonomi dari kedua - dua belah pihak iaitu kerajaan serta pembangkang dapat bersatu dalam berfikir serta berbincang dalam merangka ekonomi negara untuk memajukan taraf ekonomi rakyat dan negara. Hasil daripada perbincangan dari kedua – dua belah pihak ini sekaligus berkemungkinan dapat meningkatkan lagi ekonomi negara dengan lebih efektif. Sebagai contoh dalam isu meningkatkan taraf ekonomi rakyat, pakar – pakar ekonomi dari kedua – dua belah pihak dapat bersatu untuk berbincang mengenai taraf ekonomi masyarakat luar bandar sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Hal ini dapat mengurangkan serta mungkin dapat mensifarkan peratusan kemiskinan negara.
Selain itu juga, pembentukan kerajaan campuran juga dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk sesebuah negara. Ini kerana ia dapat merapatkan jurang serta memberikan keterbukaan bagi setiap ahli untuk menyuarakan pendapat tanpa rasa takut. Sebagai contoh, apabila wujudnya pihak kerajaan serta pihak pembangkang, ia seolah – olah mewujudkan jurang pemisah antara rakyat serta menyempitkan ruang dari segi penyuaraan pendapat di mana, ahli kerajaan hanya boleh menyokong apa jua dasar yang di buat oleh kerajaan sedangkan ianya ingin dibantah. Pembentukkan kerajaan campuran dapat menjadi medium perpaduan rakyat serta membuka peluang kepada setiap ahli mengeluarkan pendapat masing – masing. Sebagai contoh di Indonesia, selepas tamat era pemerintahan Presiden Soeharto, dan digantikan dengan B.J Habiby. Beliau menggunakan konsep unity government yakni menggabungkan semua parti dalam pembentukkan kerajaan yang memerintah. Ianya telah menjadi ejen kepada penyatuan pendudk di republik tersebut. Selain Indonesia, negara – negara lain seperti Thailand turut mengamalkan konsep kerajaan campuran sebagai mana contoh ketika di bawah pemerintahan Abhisit.
Pembentukkan kerajaan campuran juga turut memberikan impak negatif kepada negara serta perkembangan politik negara. Antara kesan negatif pembentukkan kerajaan campuran ialah, wujudnya jurang pemisah di dalam sesebuah parti politik di mana, tidak semua idealogi tersebut dapat diterima serta daguna pakai oleh semua individu. Terdapat segelintir yang akan bertindak membantah. Ini menyebabkan berlakunya perpecahan dalam sesebuah parti akibat daripada perbezaan pendapat dan idealogi. Sebagai contoh, dalam parti Pas, di mana usul penebentukkan kerajaan campuran dengan kerajaan yakni komponen Barisan Nasional yang diutarakan oleh Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang sendiri telah di tentang oleh Mursyidul Am pas sendiri iaitu Dato’ Seri Nik Aziz Nik Mat dalam Muktamar Pas yang ke – 55.
Selain itu, masalah seperti perlaksanaan dasar juga mungkin timbul sekiranya kerajaan campuran dibentuk di mana setiap parti akan memperjuangkan dasar – dasar parti mereka. Ini menyebabkan berlaku perselihan antara parti – parti yang bergabung. Kesannya dapat dilihat kepada rakyat di mana keadaan negara yang tidak stabil mnyebabkan perpecahan antara rakyat yang berjuang mendokong fahaman atau idealogi yang dibawa parti masing – masing. Sifat kepartian akan kembali menebal dalam diri penduduk sesebuah negara sehinggakan mengabaikan golongan atasan yakni pemerintah iaiatu golongan Raja – raja.
Oleh itu, pembentukkan kerajaan campuran perlu diteliti sedalam – dalamnya serta perlu menitik beratkan dari semua aspek sebelum di laksanakan. Ia akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap negara serta perkembangan politik sesebuah negara.

Pilihanraya Sebagai Mekanisme untuk Mengekalkan Demokrasi Berparlimen

Pada umumnya, demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam pemerintahan yakni pentadbiran negara.Pilihanraya pula merupakan salah satu alat untuk mengekalkan demokrasi berparlimen di mana pilihanraya ialah salah satu cara di mana rakyat memilih pemimpin untuk mengemudi jentera untuk kerajaan untuk mentadbir serta memerintah negara. Pilihanraya dijadikan sebagai satu medium atau mekanisme untuk mengekalkan demokrasi berparlimen kerana ia bersifat saksama dan adil dimana, rakyat berhak memilih calon pemimpin untuk memimpin serta ia bersifat menyeluruh.
Sebagai contoh di Malaysia, pilihanraya digunakan sebagai mekanisme untuk mengekalkan demokrasi berparlimen kerana,pilihanraya tersebut melibatkan rakyat di mana ia menggunakan konsep dari rakyat untuk rakyat. Ini bermaksud rakyat memilih pemimpin untuk mewakili mereka serta berkhidmat untuk mereka. Dalam proses pemilihan pemimpin tersebut, calon – calon yang bertanding akan membuat ucapan manifesto di mana janji manis sekiranya mereka dipilih sebagai pemimpin. Rakyat akan tertarik dengan manifesto tersebut dan akan memilih calon tersebut.
Selain itu, pilihanraya sebagai mekanisme untuk mengekalkan demokrasi berparlimen ialah kerana asas utama untuk menjalankan system tersebut ialah rakyat. Jika tiada rakyat, mechanism tersebut tidak dapat di laksanakan sekaligus menyebabkan berlakunya pemerintahan secara autokrasi yang bersifat warisan. Ini akan mengundang rasa tidak puas hati rakyat terhadap kalangan pemimpin kerana mereka tidak berhak menentukan pemimpin mereka.
Kesimpulannya, pilihanraya merupakan salah satu daripada mekanisme untuk mengekalkan demokrasi berparlimen secara berkesan.

Refleksi Kumpulan

Alhamdulillah kerana dengan limpahan rahmatnya dapat kami menyiapkan tugasan yang diberikan. Sepanjang perjalanan kami menyiapkan tugasan tersebut, terdapat berbagai – bagai rintangan serta dugaan yang telah kami harungi bersama demi komitmen untuk menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada kumpulan kami . Antara masalah – masalah yang kami hadapi sepanjang menyiapkan tugasan tersebut ialah kami menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat. Kami mengatasi masalah tersebut dengan malayari internet serta banyak bertanya kepada rakan – rakan serta mendapatkan pandangan dari pensyarah.. Selain itu, kami dapat mempelajari sesuatu di sebalik kesukaran tersebut di mana, kami perlu menggandakan usaha dalam mencari maklumat serta perlu mempunyai kemahiran mengesan isi – isi penting.
Kami juga berhadapan dengan masalah kerana di awal waktu perjalanan tugasan kami, kami benar – benar mehami tajuk tugasan yang diberikan. Bagi mangatasi masalah tersebut, kami memperbanyakkan lagi pencarian maklumat kami serta membaca dengan lebih mendalam mengenai tajuk – tajuk tugasan. Kami juga mendapatkan tunjuk ajar daripada pensyarah serta belajar uktruk berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan.. selain itu, kami juga perlu bersikap positif dan bersemangat untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.
Masalah yang paling utama kumpulan kami hadapi ialah kesukaran untuk mendapatkan tempat perbincangan yang strategic yakni mempunyai kemudahan WiFi serta bahan – bahan rujukan. Sejak akhir – akhir ini, perkhidmatan WiFi sering tergendala. Ini menyebabkan kami menghadapi kesukaran untuk mencari maklumat serta memuat naik maklumat kami ke dalam blog. Bagi mengatasi masalah tersebut, kami telah bersepakat untuk menggunakan masa serta kesempatan yang sesuai dengan bijak serta mencari alternative untu k Wifi iaitu, menyewa Broadband milik rakan kami. Di sebalik masalah yang dihadapi tersebut, ia melatih kami supaya membuat perancangan awal tentang perkara yang berkaitan dengan masa dan tempat untuk melaksanakan tugasan.
Di sebalik masalah – masalah yang kami hadapi ini, ia sedikit sebanyak mematangkan kami serta memberikan pengalaman kepada kami dalam melaksanak tugasan – tugasan yang diberikan serta dapat kami amalkan kelak dalam alam pekerjaaan kami sebagai guru.